Wednesday, December 20, 2006

TENTANG DARI KEKASIH KEPADA KEKASIH

PENGANTAR
Segala puji bagi Allah S.W.T selaku Pencipta,Pemerintah dan Pentadbir sekelian alam.Salawat dan salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W ahli keluarga, para sahabat dan pengikut setia baginda hingga ke akhir zaman.

Saya bersyukur dan amat gembira kerana dapat menyemadikan kata-kata dalam antologi sajak Dari Kekasih Kepada Kekasih hasil karya Yusuf Fansuri ini.

Sememangnya diakui sajak merupakan medium yang berkesan untuk mengungkap, melahir,menggarap serta melontarkan rasa hati dan idea-idea agar dapat dikongsikan dengan khalayak. Sajak seharusnya dapat mencetuskan keghairahan manusia untuk memahami, memikirkan serta bertindak akal dan budi, berpandukan kepada pimpinan wahyu yang suci. Setiap sajak mempunyai kekuatannya tersendiri dan dapat memberi kesan mendalam terhadap perasaan pembacanya

Sajak-sajak yang termuat dalam antologi ini pendek dan ringkas. Penciptanya berjaya mengolah dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami,bersahaja tapi mengandungi makna yang begitu mendalam.

Yusuf Fansuri seperti yang dikenali merupakan insan yang cekal dan tidak mudah mengalah dengan keadaan. Beliau seorang yang kuat berkarya dan bermotivasi tinggi untuk maju dalam bidang bidang pengkaryaannya.Semoga dengan terbitnya antologi Dari Kekasih Kepada Kekasih akan mencetuskan gelombang baru dalam kehidupan penulis itu sendiri dan kepada khalayak yang mendampingi karyanya.

gelombang cinta tak tertahan
ghairah meraba lembah dan gunung
sebati dalam jiwa insan
selagi hidup takkan kenyang.


Terima kasih.

al-Fadhil Ustaz Awang Nib Zuhairi Awg. Ahmad

Antologi sajak ini telah habis terjual dengan edisi terhad yang bernilai RM 3.99

No comments: