Wednesday, December 20, 2006

TENTANG YUSUF FANSURI OLEH AWG AZMAN

.... nama penanya Yusuf Fansuri merupakan pemenang Hadiah Penghargaan Penulis Sarawak Genre Puisi 2004. Beliau juga pernah menerima Hadiah Khas Juri, Festival Teater Malaysia (Sarawak) naskah Bukan Bunuh Diri arahan Zacharia Abdulmanan dalam Festival Teater Malaysia Peringkat Negeri Sarawak . Karya yang diterbitkan secara “indie”ialah Trilogi :Edan Waktu Kasmaran, Kembali kepada Tuhan dan Dari Kekasih Kepada Kekasih. Moderator halaman online sastera Sarawak yahoogroups.com. Beliau juga mempunyaai Portal Online:Kumpulan Sajak-Sajak Cinta Taman Eros@lagu makhluk asing timoer jauh di http://yusuffansuri.blogspot.com

Kumpulan puisi indie yang berjudul Edan Waktu Kasmaran (2004). Dalam komen yang terdapat kumpulan puisi mini, ia dianggap sebagai “satu percubaan berani dan baru tanpa rasa prejudis mengenai kecintaan kepada tuhan dan manusia, dianggap juga sebagai new vibrant idea” manakala Yusuf sendiri menyatakan kumpulan indie ini adalah percubaan untuk meneroka alam cinta, tuhan, lelaki dan perempuan sebagai subjek ilham. Hubungan ini perlu dilihat bukan dalam sesuatu yang asing-asingan, akan tetapi lebih merupakan kejadian keseluruhan dan memberikan kesan antara satu sama lain dan bersumberkan kekuasan tuhan. Inilah yang dapat dikesan apabila membaca kumpulan indie ini.

Dalam puisi ‘Tentang kamu sesuatu’, Yusuf Fansuri berbicara secara yang dianggap pengkaji saya abstrak- iaitu yang dapat diinterpretasikan sebagai bicara dengan tuhan mahupun dengan sesama manusia tentang alam cinta yang begitu luas perspektifnya. Puisi pendek ini mengandung hanya 17 kata-kata yang cukup padat dan bernas olahannya. Kata Yusuf dalam puisi pendek ini apabila membiacara tentang ‘kamu’;

Guris kecewa terasa
pedih masih
luka, cuba meraba
curiga pecah berkecai mata
tanganku berdarah cinta!
(Edan Waktu Kasmaran, 2004)

Dalam ‘hilang dalam terang’ adalah pencarian manusia tentang alam kebesaran tuhan, penyair dibelenggu dalam suasana sesat dalam cahaya atau terba-raba tanpa arah akhirnya penyair penyair menemui kebesaran tuhan. Inilah di rungkai Yusuf Fansuri dalam sajak berunsur ketuhanan ini;

Mencari aku dalam sunyi, kau ada tanpa butir suara
Mencarimu aku dalam sepi, kau ada di sisi meski tiada
Mencarimu aku dalam terang, kau ada nyata yang hilang
Mencari aku dalam cinta, kau ada aku celik yang buta

Kau tanpa di sini, ucap tanpa kata
Adam tanpa Hawa, kau tanpa di sini

Imaginasi Yusuf tidak kurang luasnya, sebagaimana luasnya minat beliau mengungkapkan kata hati dan fikrinya untuk dituangkan dalam sajak-sajaknya. Ternyata imaginasinya membantu mengangkat puisinya ke ruang estetika yang menarik. Ternyta Yusuf sebenarnya cuba membebaskan dirinya dari kongkongan konvensi yang ada dalam kalangan penulis muda di Sarawak. Sajak ‘Bulan di atas tangan’ dapat dianggap melangsungkan ketidakterikatan fikiran atau kebebasan dari unsur kawalan logik dan rasional telah memberi suatu tahap gambaran yang lebih tinggi dari segi ekspresi- bahana surealisme dalam puisinya ini;

Bulan Di Atas Tanganaduh!
bulan di atas tangan
mana mungkin aku pilih
permata disadurkan kaca

aduh!bulan
di atas tangan
bucu busur panah
kuacu ke biru langit
memanah harapan.

aduh!
bulan di atas tangan.

dipetik dari kertas kerja Perkembangan Penulis Muda di Sarawak oleh Awang Azman Awang Pawi sempena Perhimpuan Penulis Muda Malaysia di Tanjung Piai.

No comments: