Wednesday, December 20, 2006

TENTANG ULASAN PUISI PENULIS CINTA OLEH SDR ROSLAN JOMEL

sebuah karya Yusuf Fansuri
PENULIS CINTA

- untuk pharohakim


mencalit putih kertas

pena membelah kata

antara pekat dakwat

cinta jadi bunga-bunga

berterbangan si rama-rama

berkicaulah margasatwa

berahilah sang kumbang

alam pun merdeka

malaikat pun alpa!

puisi tersebut boleh dibaca di laman
http://yusuffansuri.blogspot.com/




















ULASAN PUISI
daripada sdr Roslan Jomel yang dipetik dari laman sastera_sarawak



Menulis puisi pendek yang baik kesatuan struktur dalamannya sesukar

menulis puisi panjang yang kukuh penjelasan dalamannya. Baris
pertama hingga ke baris ke empat berdesing penuh ke telinga artistik
saya, sehinggakan boleh dibaca sambil memejamkan mata kerana
kehalusan dan kekuatan diksinya. Baris ke lima hingga ke baris ke
tujuh pula, melintang jauh daripada rasa keasyikan saya sebagai
pembaca, tetapi pada baris ke lapan dan ke sembilannya, saya kembali
dipenuhkan oleh pemilihan diksi saudara yang sememangnya berbakat
memendekkan puisi dengan kepadatan.




No comments: